Web
Analytics
Together We Share

Wanita 19 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat 2 [+ Video]

GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru.

Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.

Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang. -Hmetro, 4 Oktober 2011-

Wanita ini telah ditangkap maka lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab juga perlu ditangkap dan dikenakan tindakan jika bersalah.

Sebelum ini pesalah yang membuang bayi hanya dikenakan denda RM10,000 atau penjara 10 tahun. Bermula pada tahun lepas kesalahan membuang bayi di siasat mengikut kes bunuh atau percubaan untuk membunuh perbuatan ini akan dikenakan tindakan berat kepada pesalah.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

P/s: Dah berapa ramai yang kena gantung atas kesalahan membuang bayi?

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!