Home » Selangor2u Forum

Selangor2u Forum

You must be logged in to post Login Register


Lost Your Password?

Search Forums:


 






Wildcard Usage:
*    matches any number of characters
%    matches exactly one character

McDonald's hilang hak eksklusif 'Mc'

Read original blog post

No Tags
Post
Admin

mazuki

Skudai,Johor

11:43 am September 9, 2009

posts 205

Post edited 3:46 am – September 9, 2009 by mazuki


McDonald's hilang hak eksklusif 'Mc'

SUPPIAH dan Kanageswary berdiri di hadapan restoran McCurry milik mereka di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Semalam Mahkamah Persekutuan memutuskan mereka boleh terus menggunakan ‘Mc’ pada awal nama McCurry dengan menolak rayuan rangkaian restoran McDonald’s (gambar kecil).


PUTRAJAYA - Rangkaian restoran makanan segera McDonald's hilang hak eksklusifnya selepas gagal menghalang sebuah restoran makanan India tempatan, McCurry Restaurant (KL) Sdn. Bhd. menggunakan awalan 'Mc' untuk papan tanda perniagaannya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mahkamah Persekutuan semalam turut memerintahkan McDonald's membayar kos RM10,000 kepada McCurry yang mempunyai outlet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Kami berpendapat persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh McDonald's tidak jelas dan mahkamah harus menolak permohonan semakan bagi rayuan tersebut," kata Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Datuk James Foong.

Mahkamah menangguhkan kes itu kelmarin selepas mendapati soalan yang dibangkitkan peguam McDonald's tidak jelas dan meminta mereka menyusun semula soalan berdasarkan kepada pendapat Mahkamah Rayuan.

McDonald's memfailkan permohonan semakan bagi rayuan itu apabila pada 29 April lepas Mahkamah Rayuan memutuskan adalah satu kesilapan untuk membuat andaian McDonald's memonopoli penggunaan awalan 'Mc'.

-kosmo-


Read original blog post

No Tags

About the Selangor2u Forum forum

Most Users Ever Online: 33

Currently Online:
7 Guests

Currently Browsing this Topic:
1 Guest

Forum Stats:

Groups: 4
Forums: 17
Topics: 246
Posts: 290

Membership:

There are 278 Members

There is 1 Admin

Top Posters:

forummaster – 26
reylya – 24
siti2u – 8
engshahrul – 7
Abgkacak – 7
ffa01 – 7

Recent New Members: assmung, imanyusof, MieG, jutawan muda

Administrators: mazuki (205 Posts)



<