Kontrak Nurul Tak Disambung Kerana Album Tak Laku | Selangor2u Muzik
Band Indonesia

Band Malaysia

Nasyid

Penyanyi Indonesia

Penyanyi Malaysia

Home » Apa Cerita?

Kontrak Nurul Tak Disambung Kerana Album Tak Laku

Submitted by Mazuki on January 30, 2010 – 8:29 pmNo Comment
Kontrak Nurul Tak Disambung Kerana Album Tak Laku
Share

Kami Masukan Video Dari Youtube. Jadi Jika Ada Video Yang Tidak Dapat Dimainkan Mungkin Video Tersebut Telah Didelete Dari Youtube.~TQ~

-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-

Nurul bekas isteri kepada komposer terkenal Ajai ini sebelum ini bernaung dibawah Syarikat Rakaman Metadome Sdn Bhd atau nama barunya Alibi Music Sdn Bhd telah ditamatkan kontraknya dengan syarikat berkenaan gara-gara penjualan albumnya “Tika Cinta” yang tidak mendapat sambutan.

Bagi penyanyi ini, jualan yang tidak memberangsangkan ini salah pihak syarikat kerana tidak membuat promosi yang sepatutnya dan memaksa dirinya untuk menjual album “Tika Cinta” apabila membuat persembahan apabila mendapat jemputan. Alahai kesianya macam orang jual ubat la plak!!!!

Namun, pihak syarikat menyangkal sama sekali dakwaan Nurul itu.

“Kalau Nurul kata kami tidak buat kerja untuk mempromosikan dirinya dan juga albumnya, saya memang tidak bersetuju. Kami telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan album ini mendapat sambutan hangat. Memang betul kata Nurul itu, pihak syarikat yang tanggung kerugian itu dan bukannya dia. Sebab itulah kami tidak mahu sambung kontrak kerana tidak mahu menanggung risiko yang sama.

“Saya pun tidak tahu di mana silapnya album ‘Tika Cinta’ tidak mendapat sambutan ramai sedangkan pelbagai cara telah dilakukan untuk mempromosikan album ini. Kami telah menghantar tiga buah lagu kesemuanya untuk dimainkan di stesen-stesen radio, tetapi semuanya tidak mendapat maklum balas positif. Mula-mula kami hantar lagu “Tika Cinta”, selepas kurang dimainkan di radio, kami hantar pula lagu “Sepenuh Jiwa”, tetapi masih juga tidak diputarkan oleh pihak radio. Bagaimanapun, kami tidak berputus asa, kami hantar pula lagu “Kala Hati”, tetapi keputusannya masih sama.

“Selain itu, pihak syarikat juga tidak pernah menyisihkan Nurul untuk sebarang promosi yang dianjurkan. Bahkan, kami telah bawa dia sehingga ke Singapura untuk mempromosikan albumnya itu. Pendek kata, kami telah cuba segala yang termampu untuk memastikan Nurul mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang ada,” jelas KC panjang lebar.

-gua.com.my-

Download video youtube cara mudah Selangor2u Youtube Downloader

Related Posts with Thumbnails

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

| Site Meter