Band Indonesia

Band Malaysia

Nasyid

Penyanyi Indonesia

Penyanyi Malaysia

Home » Cerita Penyanyi/Band Malaysia

Yuna Dapat Tawaran Menulis Lirik di London

Submitted by Mazuki on July 25, 2010 – 3:05 amNo Comment
Yuna Dapat Tawaran Menulis Lirik di London

Selepas dapat tawaran buat persembahan di USA Yuna dapat lagi tawaran untuk menjadi penulis lirik London pula.

Berita penuh dari Mstar :

PENYANYI dan pencipta lagu, Yunalis Zarai atau Yuna mendapat tawaran dari Studio Kensaltown di London untuk bekerjasama menulis penulis lirik lagu pada pertengahan Ogos ini.

Yuna berkata, studio itu menguruskan semua penulis lirik terkenal yang bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Jason Mraz, James Blunt dan James Morrison.

“Saya mendapat tawaran untuk menjadi penulis bersama mereka pada pertengahan Ogos ini.

“Ini memberi peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan penulis lirik yang pernah menghasilkan lagu pemenang Anugerah Grammy,” katanya kepada MStar Online.

Dia ditemui pada program rakaman Raya Akustika 2010 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Rabu lalu.

Menurut Yuna, dia akan berada di situ selama dua hingga tiga minggu kerana perlu balik ke tanahair sebelum Hari Raya.

Katanya, dia mungkin akan turut merakamkan lagu di situ.

Sementara itu, Yuna akan menganjurkan Malam Yuna Decorate untuk mempromosikan album terbarunya, Yuna Decorate selain kira-kira 30 lagunya di KL Pac pada 23 dan 24 Julai 2010, pukul 8.30 malam.

Katanya, inilah peluang terakhirnya dia melakukan aktiviti promosi tersebut sebelum kembali sibuk dan menjelangnya sambutan Hari Raya.

“Album terbaru saya mempunyai tiga buah lagu Melayu dan tujuh lagu Inggeris,” katanya yang berharap 1,000 peminat dapat menghadiri majlis tersebut pada dua hari tersebut.

Harga tiket adalah RM60 bagi cenderamata dan tiket manakala tiket berharga RM80 merangkumi tiket, cenderahati serta pita cakera padat.

Tiket boleh dibeli di KL Pac atau layari laman web Axcessticket. |MSTAR
Download video youtube cara mudah Guna Software Ini

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Yuna Akan Buat Persembahan Di USA – Kekal Bertudung    Yuna ditemani pembantu peribadinya akan berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat...
  2. Alyah Belum Mahu Bercinta    WALAUPUN dihimpit dengan pelbagai kemelut negatif, Alyah yang popular dengan lagu...
  3. Justin Bibier Masuk Penjara    GAMBAR Justin Bieber sedang mengenakan baju tahanan berwarna oren yang tertera...
  4. Video Klip dan Lirik Lagu Tak Dapat Apa-apa Oleh ST12    ST12 – Tak Dapat Apa-Apa (My Hot) kau perempuanku yang sangat...
  5. Isu Yuna Tak Mesra Wartawan Betul Ke?    Ini bukan berita pertama kali di dengan oleh kita mengenai isu...
· Tags: , , ,

Alahai...Komen Le Sepatah Dua...

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

Site Meter