Web Analytics
Sejak 2008

Panduan Bercuti di Kuala Lumpur | 50+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Bercuti di Kuala Lumpur memang seronok sebab lokasinya yang strategik menjadikan kota ini padat dengan pelbagai tempat menarik. Tempat menarik di Kuala Lumpur bukan sahaja shopping mallnya sahaja, tapi banyak lagi aktiviti unik yang boleh anda cuba setiap hari.

Daripada hutan simpan, tempat bersejarah, taman eksplorasi, sehingga ke pusat aktiviti lasak, tidak hairanlah Kuala Lumpur sentiasa hidup dengan pelancong dari merata tempat.

PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LUMPUR

Seperti yang anda sedia maklum, jalan raya di Kuala Lumpur memang selalunya sesak, terutamanya pada waktu-waktu puncak. Jadi kalua anda malas nak memandu, bolehlah gunakan pengangkutan awam di sini.

Antara pilihan pengangkutan awam yang dicadangkan adalah

  • Tren – LRT, Monorail, MRT, KTM – Paling efisyen, selesa dan agak murah. Tapi kena rajin tengok peta dan pastikan tempat yang dituju berdekatan dengan stesennya. Kena elakkan waktu puncak iaitu waktu orang pergi dan balik kerja.
  • Grab / Uber – Harga memang berbaloi, cuma kadang-kadang kalau jammed, tersangkutlah di jalan raya.
  • Teksi – Mudah didapati terutamanya di stesen-stesen utama. Sesuai bagi yang nak jimat masa menunggu Grab / Uber. Tapi harganya berkali ganda lebih mahal ya.

Berikut adalah antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang utama dimana boleh anda lawati.

TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR – TARIKAN UTAMA

1. KLCC

Foto Kredit: booking.com

Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuala Lumpur, tak sahlah kalua tak singgah di mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara ini. Tempat menarik di Kuala Lumpur yang tidak lengkap jika tidak dilawati jika ke sini.

Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan kerana ada banyak tarikan di sini selain membeli-belah atau makan-makan. Antaranya:

  • Aquaria KLCC
Foto Kredit: Wikipedia

Selain melihat sendiri hidupan laut di dalam akuarium yang disediakan, pengunjung kini boleh berenang bersama ikan di sini. Pengunjung berpeluang untuk memegang beberapa jenis hidupan laut seperti gamat dan tapak sulaiman.

Bagi yang mempunyai lesen khas menyelam, jangan lepaskan peluang untuk berenang bersama jerung melalui aktiviti Diving With Sharks.

Bagi yang tiada, anda juga masih boleh mendekati ikan jerung melalui program Cage Rage. Dalam program ini, peserta dimasukkan di dalam sangkar dan dibenamkan ke dalam air.

Peserta juga tidak perlu risau kerana jerung di sini jinak-jinak belaka.

  • Harga Tiket: Dewasa RM49, Kanak-kanak RM39, Warga Emas RM39
  • Petrosains
Foto Kredit: jomjalan.my

Bagi yang lebih teruja nak meneroka angkasa lepas, membuat eksperimen fizik, melihat pelantar minyak, dan belajar tentang sains, di sinilah tempatnya.

Berbanding KLCC, harga tiket di sini lebih murah. Tapi, dari segi aktivitinya, ia tetap menghiburkan. Boleh habis setengah hari juga di sini! Selain boleh mendekatkan anak-anak dengan sains dalam kehidupan harian, ia juga menjadikan sains lebih menyeronokkan berbanding apa yang mereka baca secara teori di dalam buku.

  • Harga Tiket: Dewasa RM20, Kanak-kanak RM8, Warga Emas RM10
  • KLCC Sky Bridge
Foto Kredit: klcityguide.my

Bila dah sampai ke KLCC, rugilah kalau tak merasa pengalaman ‘memanjat’ KLCC ini. Buat pengetahuan anda, jejantas yang menghubungkan kedua-dua menara ini yang terletak di tingkat 41 dan 42 dan ia dibuka kepada semua pelawat. Selain itu, anda juga akan dibawa ke observation deck yang terletak di Tingkat 86.

Dari sini, puncak Menara Berkembar (pinnacles) begitu jelas di depan mata! Selain menikmati pemandangan indah dari mata kasar, teropong berkuasa tinggi juga disediakan bagi kemudahan pelawat.

  • Harga Tiket: Dewasa RM30, Kanak-kanak RM15, Warga Emas RM15
  • Taman KLCC
Foto Kredit: timeout.com

Menariknya, selain aktiviti indoor di KLCC, anda juga berpeluang untuk beriadah dan mengeluarkan peluh di sekitar KLCC tau. Ada sebuah taman yang membolehkan anda menyusuri trek joging sejauh 1.3 km.

Trek ini akan membawa pengunjung mengelilingi taman yang diliputi kawasan berbukit, landskap-landskap kecil dan tempat berteduh. Ada juga taman permainan serta kolam awam untuk kanak-kanak.

Salah satu yang menarik adalah air pancut dengan 30 jenis animasi yang berubah setiap 15 minit. Sangat cantik apabila disinari cahaya lampu di waktu malam. Tapi yang paling best, masuk PERCUMA!

2. PUSAT SAINS NEGARA

Foto Kredit: Utusan Online

Bangunan berbentuk kubah yang serba futuristik ini menjadi salah satu mercu tanda yang viral  di media sosial baru-baru ini.

Pusat Sains Negara merupakan pusat interaktif menarik bagi pengunjung untuk mempelajari sains dengan kaedah yang lebih santai dan menarik.

Selain aktiviti indoor, ada juga kawasan permainan ala waterpark, taman haiwan, dan taman permainan di luar bangunan Pusat Sains Negara. Berbaloi datang ke sini dengan anak-anak!

  • Harga Tiket : Dewasa RM6 , Kanak-Kanak RM3

3. TAMAN EKO RIMBA KL

tempat menarik di Kuala Lumpur alam semulajadi
Foto Kredit: Catatan Kembara Dunia

Mungkin ramai yang tak tahu, di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam di Kuala Lumpur, tersimpan sebuah hutan yang dipelihara buat warga kota yang ingin lari sebentar dari keriuhan bandaraya metropolitan ini.

Hutan simpan tertua di Semenanjung Malaysia ini merupakan rumah bagi berbagai spesis flora dan fauna yang hidup tanpa gangguan pemodenan di sekelilingnya.

Beberapa jenis kemudahan juga turut disediakan untuk kegunaan pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini seperti trek berjoging, pondok berehat, taman permainan serta tapak perkhemahan.

  • Harga Tiket: Percuma

4. BLOK SPACE

Foto Kredit: TimeOut KL

Ada anak-anak yang ‘gilakan’ Lego? . Di sinilah peluang bagi pengunjung untuk bermain dengan Lego serta permainan jenama terkenal lain seperti robot Gundam dan Djeco. Lebih 300 jenis permainan disediakan bagi pengunjung untuk cuba.

Binalah sebanyak mana kapal angkasa atau bangunan dengan menggunakan bongkah lego tanpa had di Blok Space. Selalunya kalau nak beli memang mahal, lagi-lagi yang limited edition.

Hobi membina bongkah permainan Lego ini amat baik bagi mencetus kreativiti serta mengembangkan imaginasi di luar kotak. Pusat permainan ini sesuai bagi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 14 tahun.

Ada 5 cawangan Blok Space yang boleh anda kunjungi setakat ini, iaitu

  1. IPC shopping Centre, Damansara
  2. The School Jaya One
  3. Main Place USJ 21
  4. Empire Shopping Gallery
  5. 1 Mont Kiara
  • Harga Tiket :RM18

5. FARM IN THE CITY

Foto Kredit: Tourism Selangor

Berbanding zoo biasa, pengunjung diberi kesempatan untuk  berinteraksi secara terus dengan haiwan di sini dan boleh menyentuh serta memberi makan kepada haiwan tersebut. Jangan risau, semua haiwan yang terdapat di sini semuanya jinak-jinak belaka.

Terdapat 11 jenis habitat berbeza yang dibahagikan mengikut jenis haiwan seperti Turtle & Tortoise Farm, Rabbit Farm dan Bird Aviary. Aktiviti pony rides juga disediakan bagi anak-anak yang suka aktiviti menunggang kuda.

  • Harga Tiket : Dewasa RM32 , Kanak-Kanak RM27, Pakej Keluarga Rm116 (2 Dewasa & 2 kanak-kanak)

6. TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Foto Kredit: klbirdpark.com

Taman burung istimewa ini diiktiraf sebagai taman burung tertutup terbesar di dunia. Kawasan ini merupakan habitat kepada 3000 ekor burung kepada 200 spesis yang berasal daripada serata dunia buat tatapan warga Malaysia.

Burung-burung jinak ini dibiarkan hidup bebas supaya pengunjung dapat melihat secara lebih dekat lagi. Tempat beberapa bahagian khas untuk kemudahan pengunjung bagi mengenali burung-burung eksotik di sini.

  1. Zon 1 & 2 adalah tempat bagi burung terbang secara bebas
  2. Zon 3 adalah taman khas enggang
  3. Zon 4 adalah kawasan pembiasan burung & kawasan tempat pertunjukan burung.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan burung kakak tua, nuri dan merak yang sentiasa menjadi highlight di taman burung ini.

  • Harga Tiket : Dewasa RM27, Kanak-Kanak RM13

7. RUMAH KARTUN & KOMIK MALAYSIA

Galeri kecil di Jalan Cenderawasih ini pasti akan mengimbau kenangan anda yang membesar dengan lukisan komik dan kartun Lat, Rejabhad, Gila-Gila, Ujang, Bujal dan Bambino. Selain itu, ada juga kartun kontemporari seperti animasi Awang Khenit.

Peminat kartun dan komik tentunya akan berasa teruja melihat artwork asli kartunis-kartunis ‘otai’ serta pelukis komik yang dihimpunkan di sini! Selain pameran, kelas melukis kartun untuk kanak-kanak juga diadakan pada setiap hari Sabtu, jam 3 petang hingga 5 petang* (tertakluk kepada pihak pengurusan).

  • Harga Tiket: Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5

8. RUMAH PENGHULU ABU SEMAN

Foto Kredit: badanwarisan.org.my

Walaupun Kuala Lumpur dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, ada satu hidden gem boleh anda lawati untuk memperkenalkan anak-anak dengan suasana kampung.

Bukan hanya menikmati senibina, tetapi Rumah Penghulu Abu Seman yang terletak di Jalan Stonor (berhadapan dengan Hotel Royal Chulan) ibarat mengembalikan nostalgia kita zaman dulu-dulu.

Anda akan mempelajari tentang kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu termasuklah adat-adat perkahwinan, pantang-larang, cara pembinaan rumah tradisional, serta melihat sendiri beberapa peralatan rumah yang digunakan oleh datuk dan nenek kita.

  • Harga Tiket: RM10

8 tempat menarik di Kuala Lumpur yang kami senaraikan sebagai yang popular. Namun, dibawah ini kami senaraikan lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang tidak kurang popularnya. Teruskan membaca!!!

TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR PADA WAKTU MALAM

  1. Jalan TAR / Masjid Jamek
  2. Petaling Street
  3. Bukit Bintang
  4. KLCC Park
  5. Jalan Alor

TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR UNTUK ANAK-ANAK

Berjaya Times Square / Foto Kredit: Berjaya Hotels and Resorts
  1. Berjaya Times Square
  2. Zoo Negara
  3. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
  4. Kidzania
  5. Planetarium Negara
  6. Taman Tasik Titiwangsa
  7. Mega Kidz World (dalam Mid Valley Megamall)
  8. Sunway Lagoon – ada tempat meluncur ais, taman tema, dan tempat permainan anak-anak di The Parenthood

TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

My Balloon Adventure / Foto Kredit: myballoonadventure.com
  1. Taman Botani Putrajaya
  2. Taman Wetland
  3. Skyrides Festival Park
  4. Taman Cabaran Putrajaya
  5. Taman Saujana Hijau
  6. My Balloon Adventure

TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR

Foto Kredit: yummytogoblog.wordpress.com
  1. Restoran Rebung Chef Ismail
  2. Restoran Satay Zaini
  3. Restoran Dapur Sarawak
  4. Restoran Mee Kari Udang Galah
  5. Restoran Ewa Chinese Cuisine
  6. Nasi Lemak Antarabangsa

TEMPAT MEMBELI BELAH DI KUALA LUMPUR

Foto Kredit: tripadvisor.com
  1. SOGO
  2. Mid Valley Megamall
  3. Kenanga Wholesale Centre
  4. Pasar Seni
  5. Quill City Mall
  6. IKEA Damansara / Cheras
  7. Publika

TEMPAT BERSEJARAH DI KUALA LUMPUR

Bangunan Sultan Abdul Samad / Foto Kredi: hotels.com
  1. Dataran Merdeka
  2. Bangunan Sultan Abdul Samad
  3. Muzium Tekstil Negara
  4. Badan Warisan Malaysia
  5. Muzium Kesenian Islam
  6. Muzium Negara
  7. Galeri Bank Negara

Jom Ke Johor: Panduan Bercuti di Johor

Takkan Cukup Sehari Kalau Bercuti Di Kuala Lumpur!

Kuala Lumpur bukan sahaja gah dengan bangunan pencakar langitnya, malah ibu kota tercinta ini juga padat dengan pelbagai tempat menarik untuk kunjungan sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.

Jadi rancanglah hujung minggu anda supaya lebih menarik bagi mencipta kenangan manis dengan orang tersayang! Mungkin terdapat lebih banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang tidak terdapat dalam senarai kami.

You might also like

Leave a Reply