Web Analytics
Panduan Percutian Di Selangor2u dan Malaysia

Panduan Bercuti di Melaka | 30+ Tempat Menarik di Melaka

Jom bercuti di Melaka! Disini kami senaraikan tempat menarik di Melaka untuk dijadikan panduan kepada kita semua. Negeri bersejarah ini menyajikan pelbagai variasi pusat pelancongan sesuai untuk apa jua jenis minat.

Tidak kiralah sama ada yang ingin menghayati kekayaan sejarah negeri ini, berkelah, bersantai, shopping, melakukan aktiviti lasak atau menikmati alam semulajadi, pasti ada tempatnya.

TEMPAT MENARIK DI MELAKA

Antara tarikan di Melaka yang boleh anda kunjungi adalah:

1. The Shore Oceanarium

Melaka juga mempunyai pusat tarikan yang seakan Aquaria KLCC. Anda berpeluang untuk memegang beberapa haiwan laut seperti gamat dan tapak sulaiman. Pengunjung juga dapat memberi makan penyu comel selain melihat secara dekat hidupan laut lain seperti obor-obor, kuda laut, dan jerung.

  • Waktu Operasi : 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam.
  • Harga Tiket: Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25, Warga Emas RM25

2. Toy Museum Melaka

Muzium ini menyimpan lebih daripada 10,000 koleksi permainan dari pelbagai jenis kartun, komik dan animasi pastinya mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak anda. Tarikan utama muzium ini antaranya ialah replika karakter superhero berskala besar seperti Hulk, Ironman dan barisan Stormtrooper yang sedia menanti pengunjung. Batmobile pun ada tau!

  • Waktu Operasi : 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam
  • Harga Tiket : Dewasa RM30, Kanak-kanak RM20
Dataran 1 Malaysia / Foto Kredit: mstar.my

3. Dataran 1 Malaysia Klebang

Tak sah kunjungan ke Melaka jika tidak ke Dataran 1 Malaysia ini. Banyak warung dan food truck selain taman permainan dan aktiviti menaiki kuda untuk kanak-kanak. Di sebelah water fountain tersebut pula terdapat pasar jualan yang menjual variasi produk daripada baju, mekap sehingga ke permainan kanak-kanak dan berlanjutan dari petang hingga ke malam.

Pirate Adventure Melaka / Foto Kredit: Melaka Alive

4. Pirate Adventure Melaka

Di sini, suasana ‘lanun’ dihidupkan dengan replika kelasi dan anak kapal yang lain serta. Para pengunjung yang hadir diberi misi untuk menghadapi lautan di atas kapal lanun yang terumbang-ambing bagi misi mencari harta karun. Memang adventure!

  • Waktu Operasi : Hari Biasa: 10:00am – 07:00pm, Hari Hujung Minggu dan cuti umum: 10:00am – 09:30pm
  • Harga Tiket : Dewasa RM25, Kanak-Kanak RM15
Time Machine Gallery / Foto Kredit: tripadvisor.co.za

5. Time Machine Gallery

Sesuai untuk kaki selfie, Time Machine Gallery ini bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis lukisan 3D menarik, malah mempunyai tarikan lain seperti Green Screen iaitu aktiviti bergambar mengikut cita rasa pengunjung seperti bergambar bersama karakter movie atau latarbelakang yang realisitik, dan rumah terbalik (Upside Down House).

  • Waktu Operasi : 9 pagi hingga 9 malam – Sabtu Dan Ahad, 10 pagi hingga 6 petang – Isnin hingga Jumaat
  • Harga Tiket : Dewasa Rm 15, Kanak-kanak Rm 10

6. Skytrex Melaka

Bagi penggemar aktiviti lasak, cubalah pelbagai jenis rintangan seperti flying fox, jambatan berhaluan zig-zag dan Tarzan Swing. Di Skytrex, pengunjung juga dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika di tengah bandar Ayer Keroh.

  • Waktu Operasi : 9 pagi hingga 3 petang setiap hari
  • Harga Tiket : Little Dino RM50 (Beginner), Pahlawan Thrill RM 60 (Intermediate), Extreme Warrior RM 70 (Advanced)
Muzium Kapal Selam / Foto Kredit: PERZIM

7. Muzium Kapal Selam

Terletak berhampiran dengan Pantai Klebang, Kapal Selam FS Oessa Agosta buatan Perancis ini merupakan sumbangan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia dan pernah digunakan oleh krew TLDM. Tahu tak, anda boleh menginap di sini dengan harga bermalam dengan hanya RM150 seorang (minimum 25 orang penginap berkumpulan).

  • Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang setiap hari
  • Harga Tiket : Dewasa RM 5, Kanak-kanak RM 3

TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA

Tempat bersejarah antara tempat menarik di Melaka yang menjadikan daya tarikan utama. Kawasan bangunan bersejarah kini menjadi tempat tumpuan pelancong dengan jualan pelbagai ole-ole khas Melaka dan tempat pengunjung untuk cuba menaiki beca berwarna-warni.

Berikut adalah antara mercu tanda dan tempat ‘wajib’ untuk anda yang pertama kali datang ke Melaka.

Muzium Samudera / Foto Kredit: PERZIM

1. Muzium Samudera

Muzium berbentuk kapal yang tersergam di tengah Bandar Melaka ini merupakan replika kapal Flor de La Mar iaitu kapal Portugis yang digunakan untuk menawan kota Melaka pada 1511. Muzium ini juga dikenali sebagai Muzium Maritim Melaka.

Porta De Santiago, sebahagian tinggalan Kubu A’Famosa / Foto Kredit: wikipedia

2. Kubu Kota A’famosa

Mercu tanda yang menjadi trademark Melaka, A Famosa yang bermaksud “Yang Termasyhur” ini menjadi mercu tanda Melaka kerana berjaya menghalang pelbagai cubaan rampasan kuasa selama 130 tahun.

Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan / Foto Kredi: wikipedia

3. Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan

Terletak berhadapan dengan Kota A Famosa ialah muzium kemerdekaan yang dibuka kepada semua pengunjung bagi memperingati detik bersejarah Tanah Melayu menjadi Negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Stadthuys / Foto Kredit: http://melakathestadhuys.blogspot.my/

4. Stadthuys

Stadthuys atau maksudnya ‘dewan bandaraya’ dalam Bahasa Belanda merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda pada suatu masa dahulu. Jangan lupa juga untuk mencuba cendol yang menjadi kegemaran orang Melaka yang terletak bertentangan dengan bangunan merah.

Istana Kebudayaan Kesultanan Melayu Melaka / Foto Kredit: caridestinasi.com

5. Istana Kebudayaan Kesultanan Melayu Melaka

Berdekatan dengan Kota Afamosa, Muzium Istana Kesultanan Melaka ini mengumpul khazanah dan cerita di sebalik kejayaan Melaka ketika itu. Muzium itu dibina mengikut replika senibina istana Melaka zaman kepimpinan Sultan Mansur Syah kira-kira antara tahun 1456-1477.

Gereja St Paul / Foto Kredit: wikipedia

6. Bukit St. Paul

Di atas Bukit St Paul, terletaknya Gereja St Paul yang dibina semasa pemerintahan Portugis oleh kaptennya sebagai tanda kejayaannya menepis serangan pihak musuh di Laut China Selatan. Semasa penaklukan Belanda, gereja ini bertukar menjadi tempat persemadian bangsawan Belanda. Semasa pemerintahan British pula, gereja ini dijadikan tempat penyimpanan senjata.

JANGAN lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat bersejarah ini jika anda bercuti di Melaka.

TEMPAT MENARIK DI MELAKA PADA WAKTU MALAM

Jonker Street / Foto Kredit: TV14

 

1. Jonker Night Walk

Tak perlu diperkenalkan lagi, kemeriahan pasar malam Jonker setiap Jumaat hingga Ahad malam dipenuhi dengan persembahan jalanan, street food serta pelbagai buah tangan.
Terdapat juga kafe-kafe hipster di antara rumah-rumah kedai lama yang pengunjung boleh cuba.

Porto Historia / Foto Kredit: http://eatplaysleepmelaka.blogspot.my/2017/02/porto-historia-flea-market.html

2. Porto Historia

Bagi penggemar pakaian bundle, inilah port untuk anda ‘cuci mata’. Selain itu, terdapat juga jualan makanan bagi pengunjung yang ingin mengisi perut. Pasar malam santai ini hanya dibuka dari Jumaat hingga Ahad sahaja.

Uptown Bazaar / Foto Kredit: MyMelaka

3. Uptown Bazaar

Terletak bertentangan dengan Menara Taming Sari, bazaar ini memang mendapat sambutan orang ramai. Aneka barangan serta makanan dijual di sini. Dibuka setiap Jumaat hingga Ahad, bazaar ini menjadi piihan pengunjung kerana terletak dekat dengan lokasi shopping seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.

Dataran Taming Sari / Foto Kredit: MenaraTamingSari.com

4. Dataran Taming Sari

Beca yang dihiasi cantik menjadi semakin menarik pada waktu malam dengan lampu berwarna-warni. Pengunjung juga masih boleh menaiki Menara Taming Sari bagi menikmati pemandangan bandar Melaka pada waktu malam.

Melaka River Pirate Park / Foto Kredit: TripAdvisor

5. Melaka River Pirate Park

Apabila menaiki River Cruise, anda pasti tidak akan terlepas pandang dengan tempat ini. dengan Ferris Wheel yang besar, Melaka River Pirate Park juga memiliki tarikan lain bagi pengunjung seperti Pirate Ship, Rumah Hantu, dan Mountain Climbing.

Berdekatan Pirate Park pula ada medan selera dengan beraneka pilihan makanan.

Bercuti di Melaka tanpa melawat tempat-tempat ini pasti tidak SAH! Lagi tempat menarik di Melaka untuk anda.

TEMPAT MANDI MANDA DI MELAKA

1. Melaka Wonderland

Taman tema air terbaru di Melaka ini terletak di Ayer Keroh. Terdapat 11 tarikan utama di taman tema air ini seperti Tornado Chaser iaitu yang pertama di Malaysia, Adventure Island, Big Wave Pool serta Kamikaze Racer.

  • Ditutup setiap hari Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
  • Harga Tiket : Dewasa : RM33.20 / RM37.90 (Hujung minggu), Kanak-Kanak : Rm26.05 / Rm32.00 (Hujung Minggu)
Bayou Lagoon Resort / Foto Kredit: agoda.com

2. Bayou Lagoon Resort

Terletak tidak jauh dari bandar Melaka, Bayou Lagoon Resort semakin menjadi tumpuan pada hati pelancong. Selain taman tema air, resort ini juga mempunyai Magic Art Museum iaitu muzium berkonsep mural 3D nya yang tersendiri serta 9D Motion Theatre.

  • Harga Tiket : Dewasa : RM22.00/ RM28.00 (Hujung Minggu), Kanak-Kanak : RM16.00/ Rm20.00 (Hujung Minggu)
A’Famosa Water Park / Foto Kredit: malacca.ws

3. A’Famosa Water Park

Taman tema air ini sudah lama mendapat tempat di hati orang Melaka. Antara yang menarik adalah gelongsor laju dari ketinggian 7 tingkat, Hula Hula, Inner Tube dan Big Ice Cream iaitu gelongsor separa tertutup dari ketinggian 20.8 meter. Terdapat juga bahagian taman tema air kanak-kanak iaitu Arabian Village dan Kids Adventure Pool.

  • Ditutup setaip Hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah
  • Harga Tiket : Dewasa : RM36.00, Kanak-Kanak : Rm32.00
Air Panas Jasin / Foto Kredit: TripAdvisor

4. Air Panas Jasin / Jasin Hot Spring

Bagi yang inginkan kelainan, boleh cuba meluangkan masa bersama keluarga di air panas Jasin. Kata orang, air panas semulajadi ini bagus bagi melancarkan peredaran darah dan baik untuk kulit.

Kawasan ini juga turut dibangunkan menjadi taman tema air dengan tarikan terbarunya iaitu ‘inflatable water park’ khas untuk kanak-kanak. Ada 2 kolam renang kanak-kanak dengan bersuhu biasa tetapi memiliki kekayaan mineral yang tersendiri.

  • Harga TIket Air Panas : Dewasa :RM6.50, Kanak-Kanak : RM3.50
  • Harga Tiket Combo Slide ; Dewasa : RM10.00, Kanak-kanak : RM7.00

Lagi idea untuk anda jika ingin bercuti di Melaka dan lawati tempat menarik di Melaka.

PANTAI MENARIK DI MELAKA | JOM Bercuti Di Melaka

Jangan sedih kalau tak dapat mandi-manda di taman tema, ada pantai semulajadi yang cantik untuk aktiviti berkelah bersama keluarga.

Terdapat juga tempat menarik di Melaka yang semulajadi yang tidak perlu anda keluarkan duit ketika bercuti di Melaka.

Pantai Tanjung Bidara / Foto Kredit: wikipedia

1. Pantai Tanjung Bidara

Terletak tidak jauh dari pekan Masjid Tanah, pantai ini amat terkenal sebagai pusat berkelah menjelang cuti sekolah. Kawasan sekitar pantai ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam bagi kegunaan pelancong. Ada pelbagai restoran makanan laut dan chalet yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Pantai Puteri / Foto Kredit: pantaiputerihotels.net.my

2. Pantai Puteri

Di sekitar Pantai Puteri juga terdapat chalet dan restoran bagi memenuhi permintaan pengunjungnya yang kian ramai. Pantai Puteri juga agak menarik dan pengunjung tidak seramai Pantai Klebang. Pantai Puteri juga merupakan tempat terletaknya makam pahlawan yang tersohor di Melaka iaitu Hang Tuah.

Pantai Pengkalan Balak / Foto Kredit: encikshino.com

3. Pantai Pengkalan Balak

Pantai yang bersambung dengan Pantai Tanjung Bidara ini juga bertanah landai dan sesuai dijadikan tempat berkelah dan mandi-manda. Pantai ini sering dijadikan alternatif sekiranya Pantai Tanjung Bidara sesak terutamanya pada musim cuti sekolah.

Air Terjun Asahan / Foto Kredit: mymetro.com.my

4. Air Terjun Asahan

Air terjun yang turut dikenali sebagai Air Terjun Ledang ini terletak di daerah Jasin. Selain mandi air terjun, para pengunjung juga dapat melakukan aktiviti lain seperti jungle-trekking sambil melihat sendiri orkid hutan dan periuk api hutan.

Air terjun ini juga dilengkapi dengan kemudahan penginapan bagi pelancong yang berhasrat untuk bermalam di sini. Jadi, ia memudahkan kepada pelancong ketika bercuti di Melaka.

TEMPAT PENGINAPAN MENARIK DI MELAKA

Masbro Village Homestay / Foto Kredit: masbrovillage.com

1. Masbro Village Homestay

Jika anda datang ke Melaka melalui Tol Alor Gajah, anda pasti tidak akan terlepas pandang homestay berwarna-warni yang berbentuk segitiga ini. Homestay yang terletak di Paya Rumput ini mempunyai kolam renang besar untuk mandi-manda.

  • Harga : RM280 untuk seunit/ malam ( Memuatkan sekitar 6 orang)
Fantasy Hotel / Foto Kredit: booking.com

2. Fantasy Hotel

Dengan harga bajet, hotel ini menawarkan keunikan karakter kartun seperti Hello Kitty, Doraemon, dan One Piece yang pasti membuatkan penginap teruja ketika bercuti di Melaka. Dari alas katil, hiasan dalaman sehingga ke dekorasi bilik air semuanya dihias cantik dengan animasi tersebut. Selain itu, hotel ini menawarkan servis menjaga anak kecil dan khidmat menyewa kereta dan basikal.

  • Harga: Bermula RM88/malam untuk bilik 2 orang
Rucksack Caratel / Foto Kredit: Trip Advisor

3. Rucksack Caratel

Pusat penginapan ini turut menyediakan ruang interaktif bagi pengunjung bersantai atau bermain foosball, bola keranjang, selain kolam renang yang selesa. Ia juga sesuai menjadi tempat mengadakan majlis keramaian secara tertutup.

  • Harga: Bermula RM120/malam untuk bilik 2 orang
Tempat menarik di Melaka bercuti di melaka
Yunus Homestay / Foto Kredit: ruggedmom.com

4. Homestay Kampung Morten

Anda juga tidak akan terlepas pandang akan rumah tradisional Melayu yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni di sepanjang Kampung Morten sekiranya menaiki River Cruise. Sebenarnya, anda juga boleh menginap di salah satu rumah tradisional ini.

Antaranya Yunus Homestay Kampung Morten yang memberi peluang kepada anda untuk mengubat rindu pada kampung halaman.

Bustel / Foto Kredit: youtube.com

5. Bustel Melaka

Bas-bas awam ‘vintage’ yang pernah menjadi pengangkutan utama orang Melaka kini dipindahkan ke sini dan diubahsuai menjadi restoran dan hotel. Dengan menginap di sini, pengunjung boleh menikmati suasana matahari terbit di tepi pantai yang mendamaikan.

  • Harga : Isnin hingga Jumaat : RM90 Semalam, Hujung Minggu atau Cuti Umum : RM130 Semalam

Pernahkah anda mencuba penginapan kami senaraikan diatas ketika bercuti di Melaka? Kami senaraikan penginapan ini dalam senarai tempat menarik di Melaka kerana  keunikkannya.

Jom ke Langkawi: Panduan Bercuti di Langkawi

MACAM-MACAM TEMPAT MENARIK DI MELAKA!

Selain tempat-tempat famous, setiap tahun mesti ada saja tempat baru yang boleh anda lawati di Melaka. Datang banyak kali pun tentu takkan bosan!

Pastinya dengan sekali bercuti di Melaka tidak akan mampu untuk kira melawat semua tempat menarik di Melaka ini. Lebih-lebih lagi dengan percutian singkat.

Leave a Reply