Web Analytics
Sejak 2008

Panduan Bercuti di Perak | 50+ Tempat Menarik di Perak

Merancang untuk bercuti di Perak? Anda membuat pilihan yang tepat. Perak merupakan negeri kedua yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang boleh anda kunjungi.

Negeri ini bukan sahaja kaya dengan khazanah sejarah, malah padat dengan tarikan yang sering mendapat tumpuan pelancong dari merata tempat seperti taman tema, keindahan semulajadi seperti pulau dan air terjun, serta pusat pemeliharaan haiwan dan zoo.

Selain itu, Ipoh telah tersenarai dalam The Lonely Planet Best of Asia 2016. Sungguh pun tak sepopular Penang dan Melaka, negeri ini ada banyak keunikan yang mesti anda terokai!

Berikut merupakan panduan untuk bercuti di Perak dan melawat tempat menarik di Perak.

PENGANGKUTAN KE PERAK

i) MENAIKI KERETA
Bagi yang lebih suka menaiki kereta untuk bercuti di Perak, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak memakan masa lebih kurang 4 jam melalui lebuh raya.

Senang nak bergerak dan pusing kesemua tempat menarik di Perak sebab negeri ini sangat luas. Kalau naik bas atau kenderaan awam lain, agak terhadlah sedikit destinasi yang boleh ditujui.

ii) MENAIKI KERETA API
Sesekali nak tukar angin, inilah peluang anda untuk melancong menaiki kereta api. Dengan menaiki KTM / ETS, anda kini boleh sampai terus ke Perak daripada Melaka, Seremban mahupun Kuala Lumpur.

Laluan KTM ini membawa anda terus stesen-stesen di Perak seperti Ipoh, Batu Gajah, dan Tanjung Malim. Ada yang bermula seawal 5.30 pagi sehingga sekitar 9.00 malam setiap hari.

Boleh tempah tiket secara online lebih awal di laman web KTMB atau terus beli di kaunter. Perjalanan memakan masa dalam 5 jam sahaja daripada stesen KTM paling hujung di Pulau Sebang, Melaka (RM59.00) , 3 jam 45 minit dari Seremban (RM45.00) dan 2 jam 45 minit daripada Bandar Tasik Selatan (RM37.00)

iii) MENAIKI KAPAL TERBANG
Walaupun kurang menjadi pilihan, tak ramai tahu bahawa ada penerbangan domestik yang disediakan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dan Firefly ke Ipoh, Perak.

Walaubagaimanapun, jadualnya agak terhad dan tidak banyak destinasi yang ditujui. Jadi, semak dulu di laman web syarikat penerbangan tersebut untuk kepastian.

TEMPAT MENARIK DI PERAK – UTAMA

Berikut adalah antara tempat menarik di Perak yang utama untuk anda kunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan ketika bercuti di Perak

1. Movie Animation Park Studio (MAPS)

Foto Kredit: Travelog

Antara tarikan terkini dan paling ‘hot’ di Perak adalah Movie Animation Park Studios atau MAPS. Taman tema yang dibuka pada Jun 2016 ini memang padat dengan pengunjung lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.

Bagi pengunjung yang membawa anak kecil, bolehlah berkunjung ke zon Fantasy Forest yang sesuai untuk usia mereka.

Bagi yang mahukan cabaran, boleh ke Lakeside Zone yang menawarkan hiburan yang khusus buat adrenaline junkie seperti Hyperspin dan Space X-plorers.

Adiwira terkemuka Malaysia iaitu Boboiboy juga ada di sini dengan tarikannya yang popular di sini iaitu teater 4D. Maskot karakter Boboiboy pun ada tau! Siap boleh cuba air koko Tok Aba seperti dalam rancangan kartun tersebut.

  • Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat ), 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah )
  • Harga Tiket : RM144.00 (dewasa), RM 114.00 (kanak-kanak & warga emas)

2. Gua Tempurung

Foto Kredit: tripadvisor.com

Bercuti di Perak dengan bajet minimum, jangan lepaskan peluang untuk menerokai gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia ini. Lebih-lebih lagi jika anda penggemar aktiviti lasak, anda pasti akan menyukai aktiviti ini.

Anda dapat melalui lima bahagian gua dengan suasana yang berbeza seperti paras air, permukaan stalaktit dan stalagmite serta suhu air. Pasti mencabar apabila perlu melalui laluan kecil serta merangkak dan menggelungsur ke ruang-ruang sempit.

Anda juga boleh melihat hidupan di dalam gua yang paling popular iaitu kelawar yang berbagai spesis.

  • Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Harga Tiket : RM6.00- RM22.00 (Dewasa) , RM2.50 -11.00 (kanak-kanak)

3. Pulau Pangkor

Foto Kredit: blog.tourism.gov.my

Siapa yang tak kenal dengan pulau cantik milik negeri ini? Sejak dulu lagi, Pulau ini pasti menjadi destinasi pilihan bagi pelancong yang mahu menikmati keindahan pantai dan lari daripada keriuhan bandar.

Tidak lengkap jika anda pernah bercuti di Perak tapi belum pernah menjejakan kaki ke pulau ini.

Hidupan laut serta terumbu karangnya juga dipelihara buat tatapan pengunjung menjadikannya antara pantai yang wajib bagi penggemar aktiviti menyelam dan snorkeling.

Pelbagai aktiviti disediakan di sekitar pulau ini seperti sukan air jetski, island hopping, dan berkayak.

Bukan itu sahaja, pulau ini juga terkenal dengan hasil lautnya yang bermutu tinggi. Jangan lepaskan peluang untuk membeli makanan laut untuk dimakan di sini dan dibawa pulang.

4. Bukit Merah Laketown Resort

Resort ini juga cukup sinonim dengan negeri Perak kerana kepelbagaian aktiviti menarik yang disediakan di sini.

Resort ini juga cukup terkenal dengan pusat pemeliharaan orang utannya. Di Pulau Orang Utan, pengunjung boleh melihat orang utan yang hidup dalam habitat semulajadinya melalui terowong besi.

Selain orang utan, resort ini juga memelihara haiwan-haiwan lain seperti reptilia, burung,ikan dan monyet di Eco Park.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti Skywalk di sini di samping berinteraksi dengan haiwan secara dekat.

Selain pusat pemeliharaan haiwan, yang paling popular tentulah taman tema airnya yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk berlibur.

  • Waktu Operasi : 12.00 petang hingga 6.00 petang (Isnin hingga Khamis), 10.00 pagi hingga 6.00 petang ( Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti umum dan Cuti Sekolah)
  • Harga Tiket Taman Tema : RM54 (Dewasa) , RM 44 (kanak-kanak), RM10 (warga emas & OKU)
  • Harga Tiket Pulau Orang Utan : RM30 (Dewasa berusia 18 tahun ke atas), RM18 (Kanak-kanak & berusia 18 tahun kebawah ), RM15 (Warga Emas)0

Bukit Merah Laketown Resort menjadi tempat menarik di Perak yang tidak mungkin untuk anda lepaskan untuk berkunjung jika bercuti di Perak.

5. The Lost World Tambun

Foto Kredit: Wikipedia.com

The Lost World of Tambun bukan sahaja menawarkan Water Park dan Adventure Park, malah ia juga menempatkan ‘petting zoo’ untuk pengunjung bermesra dengan haiwan secara dekat.

Menariknya, taman tema ini turut menawarkan hot spring dan spa untuk pengunjung memanjakan diri.

Oh ya, jangan lupa juga untuk singgah ke Tiger Valley untuk menyaksikan persembahan daripada harimau Siberia dan melihat kehidupannya di habitat yang tersendiri.

Kalau nak korek sejarah tentang Perak, Tin Valley akan membawa pengunjung ke industri timah yang menjadi sumber mata pencarian utama di Lembah Kinta suatu ketika dahulu.

  • Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 11.00 pagi hingga 6.00 petang, Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 10.00 am hingga 6.00 petang. Tutup setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti Umum.
  • Waktu Operasi Lost World Hot Spring : 6.00 petang hingga 11.00 malam
  • Harga tiket : RM95 (Dewasa), RM88( kanak-kanak 12 tahun kebawah), RM88 (warga emas)
  • Harga Tiket Hot Spring (Malam) : Rm55 (Dewasa), Rm47 (Kanak-kanak 12 tahun ke bawah & warga emas)

6. Menara Condong Teluk Intan

Foto Kredit: sinarharian.com.my

Tak sah jika bercuti di Perak tetapi tidak mengunjungi mercu tanda simbolik negeri ini. Menara Condong yang terletak di Teluk Intan ini pernah digunakan semasa pemerintahan Jepun dan British sebagai tangki air.

Seakan ‘feel’ di Menara Condong Pisa di Itali, menara ini sebenarnya menjadi condong kerana banjir besar yang berlaku pada akhir 1800an yang membuatkan menara ini sedikit condong ke arah barat daya dan kekal sehingga kini.

Pada waktu malam, ramai juga yang datang ke sini untuk bersantai dan mengambil gambar menara yang dihiasi lampu berwarna-warni.

Disebabkan keunikan ini, ia menjadi tempat menarik di Perak yang sentiasa meniti dibibir mulut para pelancong dalam dan luar negara.

7. Tanjung Bidara, Kampung Gajah

Foto Kredit: siraplimau.com

Labu sayong merupakan kraftangan yang menjadi trademark kepada negeri ini. Tanjung Bidara, Kampung Gajah menempatkan kompleks kraftangan pasu dan labu sayong untuk pengunjung membeli cenderamata.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pembuatan labu sayong di lawatan kilang labu sayong di sini.

Apa yang syoknya, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam pembuatan labu sayong semasa lawatan. Bukan senang nak jumpa aktiviti begini lagi sekarang ni!

8. Pasar Karat Ipoh (Jalan Horley)

Foto Kredit: menarikdi.com

Bagi penggemar barangan antik dan vintage, bolehlah berkunjung ke Pasar Karat yang juga dikenali sebagai Loken ini. Asyik pergi mall saja, sesekali tukar angin apa salahnya!

Barangan di sini memang ‘rare’ dan unik. Ada pakaian, kasut, hiasan rumah, barangan elektrik, duit lama, setem lama, dan sebagainya.

  • Waktu Operasi: 6.30am – 1.00pm

9. Kellie’s Castle

Foto Kredit: tripadvisor.com

Istana ini cukup unik kerana sebininanya yang diilhamkan daripada istana Moghul di India serta sudah mencapai usia 107 tahun. Senibinanya dikekalkan sehingga kini buat kunjungan pelancong di dalam dan luar negeri.

Untuk ke Kellie’s Castle, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Kinta melalui jambatan yang dibina. Tempat ini juga amat popular sebagai destinasi fotografi yang unik.

  • Harga Tiket : RM5 (Dewasa), RM4 (kanak-kanak)

TEMPAT MENARIK DI IPOH PADA WAKTU MALAM

tempat menarik di perak pada waktu malam
Foto Kredit: Images of Ipoh
  1. Pasar Gerbang Malam (Jalan Tahwil Azhar)
  2. Kinta Riverfront
  3. Bulatan Amanjaya
  4. Dataran Stesen Keretapi KTM Ipoh

TEMPAT MENARIK DI LUMUT, PERAK

Foto Kredit: panoramio.com
  1. Lumut Waterfront
  2. Pusat Kraf Lumut
  3. Jeti Lumut
  4. Pantai Teluk Batik
  5. Pusat Bina Kapal Selam
  6. Teluk Rubiah
  7. Teluk Senangin

AIR TERJUN DI PERAK

Lata Kinjang / Foto Kredit: .com.my
  1. Lata Kinjang
  2. Lata Tebing Tinggi
  3. Lata Iskandar
  4. Air Terjun Ulu Kenas
  5. Air Terjun Sungai Bil
  6. Air Terjun Lata Kajang
  7. Air Terjun Ulu Cepor
  8. Lata Kekabu
  9. Air Terjun Ulu Licin

TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR

Masjid Ubudiah
  1. Galeri Sultan Azlan Shah
  2. Muzium Diraja Kuala Kangsar
  3. Masjid Ubudiah
  4. Pusat Pembangunan Kraf Tangan Perak
  5. Air Terjun Ulu Kenas
  6. Jambatan Victoria
  7. Sayong
  8. Tasik Raban
  9. Galeri Arkeologi Lenggong

TEMPAT MENARIK DI TAIPING

Taman Tasik Taiping / Foto Kredit: findingsteve.net
  1. Zoo Taiping
  2. Kelip-Kelip Kampung Dew
  3. Taiping Equine Park
  4. Kuala Sepetang (Port Weld)
  5. Dataran Warisan Taiping
  6. Bukit Larut (Maxwell Hill)
  7. Taman Tasik Taiping

TEMPAT BERSEJARAH DI PERAK

Kota Belanda / Foto Kredit: orangperak.com
  1. Kellie’s Castle
  2. Dutch Fort (Kota Belanda)
  3. Istana Iskandariah
  4. Batu Bersurat Pulau Pangkor
  5. Galeri Sultan Azlan Shah
  6. Kompleks Sejarah Pasir Salak
  7. Port Weld

Banyak juga tempat menarik di Perak yang boleh kita lawati di Perak. Dah sempat sampai semua ke? Kalau belum, tunggu apa lagi. Jomlah jalan-jalan!!!

You might also like

Leave a Reply