Web Analytics
Panduan Percutian Di Selangor2u dan Malaysia

Panduan Bercuti di Johor | 40+ Tempat Menarik di Johor

Apa kata kali ini beralih angin dan rancang percutian ke bahagian selatan pula? Terdapat banyak tempat menarik di Johor. Tidak seperti lagi, Johor kini makin pesat menawarkan pelbagai pusat peranginan dan tempat-tempat menarik untuk kita bercuti di Johor.

Lebih-lebih lagi, Johor kini mempunyai banyak taman tema baru seperti Legoland dan Angry Bird Theme Park yang pasti mengujakan buat anak-anak.

Walaupun makin pesat membangun, terdapat banyak tempat semulajadi yang masih dikekalkan bagi pencinta kedamaian flora dan fauna seperti hutan lipur dan air terjun.

Johor juga semakin mendapat tumpuan kerana pembukaan pusat membeli belahnya yang terbaru seperti Ikea Tebrau dan Paradigm Mall yang mendapat sambutan luar biasa dari penduduk setempat dan pelancong dari jauh.

PENGANGKUTAN UNTUK BERCUTI DI JOHOR

Tempat Menarik di Johor | Bercuti di Johor

1. Penerbangan
Kini semua syarikat penerbangan tempatan menawarkan penerbangan terus dari lapangan terbang bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching dan Tawau.

Lebih lapan penerbangan dibuka setiap hari untuk ke Johor Bahru dengan durasi 55 minit dari KLIA. Harga tiket juga boleh didapati dengan lebih murah jika dibeli lebih awal lebih-lebih lagi ketika tempoh promosi. Bercuti di Johor kini lebih mudah dan pantas.

2. Bawa Kereta Sendiri
Sesetengah orang lebih gemar pandu kereta sendiri kerana lebih mudah untuk bergerak dari satu kawasan ke tempat yang lain. Barangan yang dibeli juga lebih mudah dibawa. Perjalanan ke Johor dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 4 jam menaiki kereta.

Dengan adanya kenderaan sendiri lebih banyak tempat menarik di Johor mampu untuk dilawati.

TEMPAT MENARIK DI JOHOR – POPULAR

1. Legoland

Sehari suntuk pun belum tentu cukup untuk bersuka ria di Legoland! Memang sangat luas taman tema ini dengan 7 bahagian yang menawarkan pengalaman yang menyeronokkan. Antara bahagian yang mendapat perhatian ialah Lego City dan Lego Kingdom.

Mungkin sekali datang bercuti di Johor tidak cukup untuk ke tempat lain jika berkunjung ke Legoland.

Sekitar taman tema ini juga dihias dengan model gergasi dan replika senibina terkenal seperti Taj Mahal dan Masjid Putrajaya yang diperbuat daripada Lego semata-mata.

Taman tema air pun ada bagi pengunjung yang mahu menyejukkan badan pada cuaca yang panas.

Maka tidak hairanlah mengapa Legoland ini sering mendapat tumpuan daripada pelancong dari merata tempat dan menjadi senarai tempat menarik di Johor yang Utama.

Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh bermalam di hotel Legoland yang serba unik. Penginap boleh pilih untuk bermalam di beberapa jenis bilik dengan tema berbeza seperti “pirate” dan “kingdom”.

Harga tiket:

  • RM 149 Dewasa / RM119 Kanak-Kanak (Taman Tema Sahaja)
  • RM189 Dewasa / RM 149 Kanak-Kanak( Pakej Kombo termasuk Tiket Taman Tema Air)
Foto Kredit: nusajayacity.com

2. Puteri Harbor, Nusajaya

Puteri Harbor adalah antara tarikan terbaru di Johor yang menampilkan beberapa jenis taman tema selain pemandangan pelabuhan yang indah dan tempat membeli-belah yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini jika anda bercuti di Johor.

2 tarikan utama di Puteri Harbor ini tentulah:

  • Sanrio Hello Kitty Town
Foto Kredit: tripadvisor.com

Siapa tak kenal dengan animasi kucing comel yang ikonik ini? di Sanrio Town Hello Kitty Town, segalanya tentang Hello Kitty dijadikan tarikan dari Hello Kitty Café, bilik yang dihias, permainan serta aktiviti yang disediakan.

Nantikan juga kemunculan Hello Kitty dan rakan-rakan pada persembahan ‘live’ yang sentiasa menjadi ‘highlight’ dalam setiap kunjungan pelancong.

Beberapa aktiviti menarik juga perlu dicuba seperti aktiviti menghias biskut Hello Kitty, membuat lencana dan menaiki ‘teacup ride’.

Tarikan terbaru juga di sini juga mendapat sambutan hangat iaitu Hello Kitty Oz World yang membawa pengunjung menerokai dunia ajaib Oz.

  • Thomas Town
Foto Kredit: travelog.com

Satu lagi tarikan di Puteri Harbor juga merupakan indoor theme park yang dinamakan Thomas Town Malaysia dengan berkonsepkan animasi popular lain seperti Thomas the Train serta kartun terkenal lain seperti Bob The Builder, Pingu, Barney dan Angelina Ballerina.

Pusat interaktif yang menjadi pilihan pengunjung antaranya ialah aktiviti membina tembok Bob The Builder, kelas tarian balet Angelina dan tunggangan mengujakan berkonsepkan Thomas.

Anak-anak mesti teruja dengan kemunculan karakter-karakter kesayangan mereka!

  • Waktu Operasi : 10pagi hingga 6 petang
  • Harga Tiket : RM85 (Hello Kitty Town)
  • RM125 ( Pakej Kombo Hello Kitty Town & Thomas Town)

2 tempat menarik di Johor ini pada satu tempat yang perlu anda pertimbangkan untuk lawati.

3. Danga Bay

Foto Kredit: jomjalan.my

Sebut sahaja Danga Bay, orang pasti sudah membayangkan kemeriahan yang tidak pernah malap pada tempat itu. Ditambah pula dengan adanya Danga World Mini Theme Park, tempat tersebut semakin berseri dengan lampu-lampu hiasan terutamanya pada waktu malam.

Sehingga ke hari ini Danga Bay kekal menjadi tempat santai tepi laut yang paling popular di negeri Johor. Kemeriahan ditambah lagi dengan pelbagai jualan dan makanan serta taman permainan dan tempat rekreasi.

Danga Bay sememangnya dari dahulu lagi menjadi tempat pertama terlintas di fikiran kebanyakan rakyat Malaysia jika bertanyakan akan tempat menarik di Johor.

Memang seronok jalan-jalan di sini dan juga boleh mencari hotel-hotel disekitar Danga Bay jika datang bercuti di Johor. Oh ya, jangan lupa juga untuk luangkan masa membeli-belah di Danga City Mall.

4. Kilang Bateri

Foto Kredit: thecastien.co

Kalau sudah berada di Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah ke Kilang Bateri. Tempat yang dahulunya merupakan tempat membuat bateri kini diberi nafas baru dan diubahsuai menjadi bazaar hipster.

Bazaar ini walaupun baru dibuka tetapi emndapat sambutan luarbiasa daripada pengunjung kerana konsepnya yang moden dan bersahaja.

Makanan yang popular di Instagram juga banyak dijual di sini seperti Labbybros yang menghidangkan makanan berkonsepkan western.

Selain itu, pakaian daripada kedai Instagram terkemuka seperti Costuro, Johobaru dan SuperSunday turut dijual di sini.

Terdapat juga kedai buku Projek Buku serta kedai gunting rambut hipster 1855 yang sering mendapat perhatian.

5. Angry Birds Activity Park

Foto Kredit: damansaraassets.com.my

‘Mobile game’ yang diadaptasi menjadi filem baru-baru ini merupakan suatu fenomena dalam dunia animasi. Kini anda boleh meneroka alam animasi Angry Birds yang berwarna warni bagi menentang Green Pigs yang jahat di Angry Birds Activity Park.

Taman tema ‘indoor’ yang dibuka bagi kunjungan seisi keluarga ini menawarkan banyak permainan interaktif yang simbolik dengan Angry Bird termasuk aktiviti melastik Green Pig di Angry Birds Space, Space Drop Air Bag iaitu ‘bungee jump’ mini untuk kanak-kanak cuba, serta Trampoline dan Foam Pit.

Taman permainan besarnya juga menjadi antara yang terpopular kerana saiznya yang besar dengan pelbagai gelongsor dan tunnel bertema Angry Bird.

  • Harga Tiket : rm60 (Pemegang MyKad/MyKid)

6. Austin Heights Water & Adventure

Foto Kredit: funtime.my

Kalua nak merasa menaiki gelongsor yang laju dan bersantai bermain air pada cuaca panas, Johor juga ada tempatnya. Austin Heights Water and Adventure dibuka bagi orang yang sukakan taman tema air.

Jom cabar keberanian dengan gelongsor tiub dan gelongsor air popular di sini seperti Yellow Wall, Supersurf serta Rainbow Hood.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mencuba aktiviti lain di Adventure Park dengan melakukan bermain ski, go-kart dan Jumpstreet Trampoline Park.

  • Harga Tiket Water Park: RM88 (Pengunjung berusia 3 tahun keatas) / RM12 (Pengunjung 3 tahun kebawah)
  • Harga Tiket Adventure Park : RM88

7. Pasar Karat Jb

Foto Kredit: tallypress.com

Tempat yang dahulunya hanya menjual pakaian ‘bundle’ dan barangan antik serta terpakai, kini semakin mendapat hati pengunjung dari merata tempat.

Tempat ini kini menjual pelbagai jenis barangan lain seperti barangan baru serta kraftangan serba unik.

Pelbagai makanan turut dijual yang boleh dicuba. Antara makanan yang ‘famous’ di sini ialah juadah Thailand di The Hijau Thailand dan kopi dan teh aneka perisa di The Chai Walla & Co.

8. Taman Dinosaur Muar

Foto Kredit: astroawani.com

Bagi yang datang dari KL atau utara, singgah dulu di Muar untuk melawat Taman Dinosaur yang viral dan menjadi sebutan ramai.

Don Hu Jurassic Park Garden sebenarnya dikenali sebagai Don Hu Nursery yang merupakan kawasan perusahaan pokok semaian di Jalan Pintasan Muar. Atas minat mendalam terhadap haiwan prasejarah ini, pemiliknya mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.

Disebabkan keunikan ini, ia tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut. Yang paling best, buat masa ini masuk adalah PERCUMA!

  • Harga Tiket: Percuma

BANYAK LAGI TARIKAN DI SELURUH JOHOR!

Selain tempat-tempat tarikan utama ini, Johor juga sinonim dengan tarikan pulau yang indah, terutamanya Pulau Sibu.

Oleh kerana saiz negeri Johor yang besar, kami senaraikan juga beberapa tarikan yang terdapat di daerah lain dalam negeri Johor.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MERSING

1. Pulau Rawa
2. Pulau Sibu
3. Pulau Tengah
4. Pulau Pemanggil
5. Pulau Besar
6. Pantai Ayer Papan

TEMPAT MANDI-MANDA DI JOHOR

1. Kolam Air Panas, Kampung Tenang, Labis
2. Air Terjun Sagil, Tangkak
3. Pantai Tanjung Balau, Desaru
4. Air Terjun Takah Merluh, Kampung Tenang, Labis
5. Pantai Penyabung, Mersing

PANTAI MENARIK DI JOHOR

Pantai Batu Layar / Foto Kredit: panoramio.com

1. Pantai Batu Layar, Kota Tinggi
2. Pantai Punggur, Rengit, Batu Pahat
3. Pantai Minyak Beku, Batu Pahat
4. Sri Pantai, Mersing

TEMPAT MENARIK DI KOTA TINGGI

Pantai Desaru / Foto Kredit: gowhere.my

1. Desaru
2. Hutan Lipur Gunung Panti
3. Muzium Kota Tinggi
4. Air Terjun Kota Tinggi
5. Firefly Valley Leisure Park
6. Taman Buaya Teluk Sengat

TEMPAT MENARIK DI BATU PAHAT

1. Tugu Batu Pahat
2. Pusat Perniagaan Ayer Hitam
3. Batu Pahat Walk
4. Wet World Batu Pahat
5. Hutan Lipur Bukit Saga Perdana
6. UK Farm
7. Tropical Village
8. Taman Rekreasi Tasik Y

TEMPAT MENARIK PONTIAN

1. Taman Negara Tanjung Piai
2. Taman Negara Pulau Kukup
3. Muzium Nanas
4. Muzium Bugis
5. Dataran Tambak Laut Pontian
6. Lata Sri Pulai

Lata Sri Pulai / Foto Kredit: twitter

Jom Ke Melaka: Panduan Bercuti di Melaka

JOM MELANCONG DI JOHOR!

Banyak sungguh tempat menarik di Johor dan bukan sahaja tertumpu di Johor Bahru semata-mata. Daerah-daerahnya yang lain juga cukup terkenal dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Jika memilih untuk bercuti di Johor, anda tidak perlu fikirkan hanya Johor Bahru kerana masih terdapat banyak tempat menarik di Johor di daerah-daerah lain juga.

Jangan lupa, makanan di Johor turut menjadi trademark negeri tersebut dan perlu dicuba seperti mee bandung, Mee racun Muar, nasi briyani gam dan kacang pool.

Jadi, rancanglah percutian anda bagi mendapatkan percutian yang terbaik dari negeri Darul Takzim ini.

Leave a Reply